Perkara Sebenar Yang Berlaku Di Syria
Sumber: Here
Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' Syria, Syeikh
Hassan di UPM yang datang ke Malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan
peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria. Saya turut berkesempatan berada
disana.
PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah
diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang
telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang
telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah
oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang
menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI,
yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu
anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai,
mereka tidak solat di masjid kita Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan
Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan
seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan
Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama
Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh
rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan
Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA - Hafez Al-Assad : Konflik
berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan
hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria
mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit
terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan
revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti
Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan
kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu
di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT
MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang
berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap
kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan
tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan
keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu,
mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh
puak-puak kerajaan Syria ini
(satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di
Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
- Dalam
masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
- 39000
orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
- Satu
peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit
di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
- 9000
tahanan ditahan.
- 413
orang telah syahid di dalam penjara.
- Wanita-wanita
diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol
di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak, dan ahli keluarga mereka. Sebelum
dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
- Seorang
wanita bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid.
Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.
Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan
ke hadapan keluarga beliau.
- Mengucapkan
takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
- Menyuruh
tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
- Basyar
Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan
mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripada posisi kepimpinan
Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri
daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum
Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah
wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu
dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi
walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah. Hasbunallahu wa ne'mal
wakeel.
# RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN
BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan
Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan
rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau
dengan berdalilkan hadis berikut :
"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka
dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia
syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" - hadith
ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan
disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin
Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
- Masa
depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih
30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini
telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat
kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya
sendiri.
- Pertubuhan-pertubuhan
Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria
lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria
memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian
sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian
kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta
pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
- Syeikh
Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh
dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
- 95%
ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
- 19%
negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas
Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
- Gambaran
tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana
itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku
di SYRIA.
- Media-media
barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang
berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
- Syeikh
Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan
seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang
menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang
menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang
berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan para pegawainya
supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa
Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
- Jangan
terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli
intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang
Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad)
tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi
Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
- Kita
banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal
oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan
memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi
bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang
bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada
mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh
tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan
Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia
Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG
MANUSIA
- Mendoakan
saudara kita di Syria
- Menghulurkan
bantuan untuk mereka dari segi kewangan
- Menyebarkan
berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud "Barangsiapa
yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan
kami" dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang
zalim.
Kalam Saidina Ali KWJ :
"Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja
sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah : Telah datang kebenaran (Islam),
dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik) ; Sesungguhnya yang
salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 :
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut
terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap
tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Jazakallah AKH Abu Abdullah
Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia




0 comments:
Post a Comment